Monday 23 February 2015

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum wbt.

Salam pertemuan dan salam SAHABAT LORONG DUA (SLD) untuk semua yang sedang melayari blog ini.

Setelah sekian lama ia dirancang dan ditangguhkan akhirnya Blog Sahabat Lorong Dua akhirnya dapat direalisasikan. Kemungkinan ia tidak segah atau sehebat dengan mana-mana blog yang wujud pada masa ini tetapi setidak-tidaknya segala aktiviti dan maklumat SLD dapat diwar-warkan kepada Ahli SLD khususnya dan kepada rakan-rakan Taman Murni amnya.

Info atau aktiviti SLD Insya Allah akan di kemaskini dari masa ke semasa ke dalam blog ini mengikut perancangan atau aktiviti yang telah dirancangkan oleh SLD.

 Ahli Jawatankuasa Kecil Lorong (AJKL) yang telah dilantik sedikit masa dahulu ialah :

YB. Ustaz Abu Bakar - Penasihat Lorong
 Che Mat - Ketua Lorong
Mohd Jamil - Timb. Ketua Lorong
Che Din - AJKL
Arbain - AJKL

Insya Allah segala aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa akan dijalankan secara persetujuan dan perancangan bersama-sama semua SLD (selepas parit). Antara aktiviti yang telah di jayakan termasuk Majlis Sambutan Hari Raya, Majlis Bacaan Yassin Rumah Ke Rumah dan Memasak Bubur Asyura.

Dalam masa yang sama SLD juga telah berjaya menjalankan projek amal atau misi kemanusian kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Kelantan Darul Naim. Projek pertama yang dijalan oleh isteri saya bersama-sama rakan-rakannya di USM Cawangan Nibong Tebal.

Projek ke dua pula SLD juga telah berjaya mengumpul hampir sembilan tan barang-barang termasuk makanan kering, air mineral, pakaian dan wang tunai. Projek ke dua atau Misi Edisi-2 juga telah mendapat kerjasama penuh dari rakan-rakan luar daripada taman ini termasuk dari Taman Tenggara, Sungai Petani, Kuala Kangsar, Pulau Pinang dan apa yang paling membanggakan aktiviti ini juga dapat kerjasama penuh dari AJK Surau Taman Murni. Misi ini juga telah mendapat tajaan pengangkutan daripada ARK Auto Service.

Kedua-dua misi lebih menumpukan kepada individu atau sasaran mangsa banjir yang kritikal dan penyerahan barang-barang sumbangan dibuat dari rumah ke rumah pada 6-9 Jan 2015. Lokasi yang dipilih ialah Daerah Dabong, Daerah Kuala Krai dan Kampung Sat, Tanah Merah.

Untuk final projek atau misi kali ini dengan tema "Kami Datang Kelantan" akan lebih menumpukan kepada kerja-kerja pembaikian atau permulihan masjid, sekolah pondok dan rumah orang kampung di Kampung Jenal, Dabong, Kelantan. Satu Survey ke kampung tersebut telah dibuat oleh saya dan Nabil pada 19 Feb.

Alhamdullilah sambutan penyumbang / penderma untuk misi kali ini amatlah mengalakan. Insya Allah segala kepercayaan yang dibagi atau diterima akan kami tunaikan dengan sebaik mungkin. Untuk makluman SLD juga misi kali ini juga telah mendapat kerjasama daripa Kelab Komuniti Parit Buntar, Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur dan Kelab Orang Hutan Malaya. Perbincangan dan persetujuan telah dicapai dan kelab-kelab ini juga akan berusaha untuk mengumpul sumbangan dalam bentuk barangan dan juga wang tunai.

Akhir kata dari saya, semoga SAHABAT LORONG DUA terus bergerak aktif untuk menjayakan apa sahaja aktiviti yang dirancang dan dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara kita. Sebelum saya mengundurkan diri saya mewakili ahli keluarga dan AJKKLD mohon ampun maaf jika terkasar bahasa dan terlanjur kata dalam segala perkara.


" Barangsiapa yang ingin murah rezeki dan dilanjutkan umur (usianya) hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"

- Riwayat Al Bukhary).



Che Din







No comments:

Post a Comment